Kos Menggantikan Apple AirPods Pro Hilang Ialah Sekitar RM 372

AirPods Pro akan mula dijual hari ini. Di Malaysia ia boleh dimiliki pada harga RM1099 sebuah. Seperti AirPods asal, Apple telah menerbitkan kos untuk menggantikan AirPods Pro yang rosak. Sekiranya ini berlaku kepada pemilik, mereka perlu membawa $89 (~RM372).

Pemilik juga perlu membayar harga yang sama sekiranya mereka kehilangan pod pengecas AirPods Pro. Namun begitu bagi mereka yang membeli pakej AppleCare+, kos menggantikan kedua-dua komponen hanya $29. Di Malaysia AppleCare+ untuk aksesori audio masih belum ditawarkan walaupun ia diperkenalkan pada September yang lalu.

Jadi kepada mereka yang ingin memiliki AirPods Pro, anda perlu berhati-hati kerana kos gantian adalah agak tinggi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.