Kos Menghasilkan Bahan Api Dari Asap Jerebu Didapati Lebih Murah Dari Dijangka

Tiga tahun yang lalu Carbon Engineering membuka loji kajian yang mengubah asap jerebu menjadi sumber bahan api. Udara berjerebu disedut sebelum karbon dioksida disedut menjadi low carbon crude. Selepas tiga tahun mereka mendapati kos untuk menghasilkan bahan api menerusi proses yang dipelopori mereka ini lebih rendah dari dijangka.

Sebelum ini kos dipercayai sekitar $600(~RM  2392) untuk penghasilan 1 tan bahan api. Ia sebenarnya serendah $239 (~RM 957) untuk setiap tan. Mereka akan menggunakan data yang terkumpul serta melakukan penambahbaikan terhadap sistem bagi mengurangkan kos ke tahap di bawah $100. Proses yang diberi nama Air To Fuels ini dapat menghasilkan bahan api hidrokarbon yang boleh digunakan pada kenderaan bahan api fosil semasa. Ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara tetapi pada waktu yang sama menghasilkan bahan api alternatif.

Di negara yang sering dilanda masalah jerebu seperti Malaysia, sistem Air To Fuels ini mungkin boleh diletakkan pada bahagian bumbung. Setiap kali musim jerebu, udara dapat ditapis dan pada waktu yang sama menghasilkan bahan api undur kegunaan bangunan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.