Kredit RM50 ePenjana Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Transaksi – Termasuk Secara Atas-Talian

Kerajaan hari ini telah mula menawarkan kredit untuk dompet digital berjumlah RM50 yang akan turut dipadankan dengan penawaran baucar atau rebat sebanyak RM50 oleh penyedia dompet digital berkenaan. Tiga dompet digital yang terpilih untuk penawaran kredit RM50 ePenjana ini adalah Boost, Grab dan juga Touch ’n Go eWallet.

Dompet Digital RM50

Pada awalnya, ketika pengumuman awal, kerajaan mengumumkan kredit ini ditawarkan untuk pembelian fizikal sekaligus mengalakkan transaksi nirtunai dikedai-kedai ketika era norma baharu kini. Namun, ia nampaknya kini berubah, dan turut boleh digunakan untuk pembelian atas-talian dan juga luar-talian.

Boost, Grab dan Touch ’n Go eWallet mengesahkan perkara ini melalui halaman soal-jawab masing-masing, mengatakan ia boleh digunakan untuk pelbagai transaksi.

Grab turut mengatakan kredit ini boleh digunakan untuk transaksi GrabFood, GrabMart mahupun perkhidmatan seru-pandu Grab. Namun, ia tidak boleh dipindahkan ke akaun dompet GrabPay yang lain, atau ditukar kepada tunai.

Boost turut mengatakan kredit ePenjana tidak boleh dipindahkan ke akaun Boost yang lain, atau turut digunakan untuk menderma dalam Boost. Pihak TNG eWallet turut mengatakan kredit berkenaan tidak boleh dipindahkan ke akaun dompet digital lain, dan boleh digunakan untuk semua transaksi yang disokong oleh dompet digital berkenaan.

Baca : Bagaimana Menebus Kredit Dompet Digital RM50 Program e-Penjana?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*