TechSemut Malaysia

Kucing SIAM

Kucing SIAM

Kucing SIAM
Jun 13
16:02 2018

Kucing Siam adalah baka natif yang dijumpai di Thailand. Ia adalah antara baka kucing Asia yang agak terkenal di Barat suatu ketika dahulu.

Image result for siamese cat in wizard of oz

Jika anda pernah menonton kisah Wizard of Oz, mungkin perasan kehadiran seekor kucing Siam yang mengganggu konsentrasi Toto sehinggakan Dorothy tertinggal kapal!

BAKA KUCING SIAM

Kucing siam memiliki corak bulu yang unik. Kucing jenis ini biasanya memiliki warna bulu yang cerah keputihan di badan, tetapi kepala, ekor dan empat kaki mereka berwarna lebih gelap.

Image result for siamese cat

Corak seperti ini digelar ‘pointed pattern’ kerana hanya mempunyai warna atau corak gelap pada hujung-hujung tubuh sahaja. Anehnya, ketika lahir selalunya bulu kucing ini berwarna cerah keseluruhannya. Semakin ia dewasa, coraknya akan semakin ketara dan gelap.

KUCING SIAM SEBENARNYA ALBINO!

Selalu kita bayangkan kucing albino berwarna putih keseluruhannya bukan? Tetapi sebenarnya ada juga kes-kes albino yang unik seperti kucing Siam.

Image result for albino cat

Kucing albino. Lihat warna matanya yang berwarna kemerahan kerana tubuh tidak menghasilkan sebarang pigmen. Kemerahan tersebut akibat warna salur darah.

Keadaan albino adalah disebabkan sistem tubuh gagal menghasilkan pigmen melanin (sama ada pheomelanin atau eumelanin). Selalunya, keadaan ini disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada gen TYR.

Gen TYR mengekodkan enzim tyrosinase yang berfungsi memangkinkan tindakbalas pengoksidaan tyrosine kepada dopaquinone yang seterusnya akan ditukarkan menjadi melanin. Jika enzim ini tidak dihasilkan atau tidak berfungsi, maka penghasilan melanin sudah pasti akan terjejas. Baca tentang enzim tyrosine disini.

Image result for melanin synthesis

Sintesis melanin (Cichorek et al. 2013)

Namun, ada juga keadaan dimana mutasi pada gen TYR masih menghasilkan enzim tyrosinase yang berfungsi. Cuma pada kadar yang kurang efisyen. Contohnya seperti yang berlaku pada kucing baka Burmese.

Image result for C (full colour) > cb (burmese) cs (siamese) > c (albino)

Menariknya, mutasi gen TYR pada kucing Siam menyebabkan enzim tyrosinase yang dihasilkan tidak berfungsi pada suhu tubuh yang tinggi. Tetapi enzim tersebut masih boleh menjalankan fungsinya pada kawasan yang bersuhu lebih rendah seperti di kaki, ekor dan muka.

GENETIK KUCING SIAM

Keanehan genetic kucing Siam telah dikaji dan dikenalpasti. Mutasi tersebut adalah diakibatkan oleh satu nukleotida dalam ratusan jujukan nukleotida gen TYR.  Ini menyebabkan pertukaran satu asid amino (glycine kepada arginine) dalam jujukan protein yang menghasilkan enzim tyrosinase.

Related image

Mutasi ini menghasilkan protein (enzim) yang thermolabile atau tidak berfungsi pada suhu tinggi.

BOLEHKAH MUTASI GENETIK INI BERLAKU PADA MANUSIA?

Ya, boleh.

Terdapat kes-kes albinism pada manusia yang dikategorikan sebagai Subtype OCA1b TS (temperature sensitive), dimana rerambut dibahagian tubuh yang bersuhu lebih rendah menghasilkan melanin dan berwarna gelap.

Kalau jalan-jalan jumpa kucing Siam selepas membaca artikel ini, sila kagum. OK?

RUJUKAN

Nancy Berman & Max Cynader. “Comparison of receptive-field organization of the superior colliculus in Siamese and normal cat.” Journal of Physiology, 1972, 224:363-389.

L B Giebel, R K Tripathi, R A King, and R A Spritz. “A tyrosinase gene missense mutation in temperature-sensitive type I oculocutaneous albinism. A human homologue to the Siamese cat and the Himalayan mouse.” J Clin Invest. 1991 March; 87(3): 1119–1122.

Cichorek M, Wachulska M, Stasiewicz A. Heterogeneity of neural crest-derived melanocytes. Open Life Sciences. 2013 Apr 1;8(4):315-30.

Lyons, L. A.; Imes, D. L.; Rah, H. C.; Grahn, R. A. “Tyrosinase mutations associated with Siamese and Burmese patterns in the domestic cat (Felis catus).” Animal Genetics, April 2005. 36(2):119-126.

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com