Berita Menarik

Kuman kebal antibiotik ancam penduduk dunia

Pembaca : 16
0 0

kuman-Benteng terakhir bagi melindungi manusia daripada jangkitan maut telah diatasi sekali gus meningkatkan risiko tercetusnya wabak global, kata beberapa saintis selepas mereka menemui sejenis bakteria yang kebal terhadap ubat antibiotik paling kuat.

Penemuan itu menjadi petanda bahawa Zaman Gelap mungkin akan kembali dan memadamkan kemajuan perubatan yang dicapai sejak beberapa abad lalu ekoran doktor-doktor tidak lagi berdaya mengawal jangkitan kuman biasa seperti E. coli.

“Penemuan ini amat membimbangkan,” kata penulis bersama kajian baharu itu, Profesor Liu Jian-Hua daripada Universiti Pertanian Selatan di China.

Jian-Hua dan rakan-rakan penyelidiknya me­nemui sejenis gen, MCR-1 yang menjadikan bakteria kebal terhadap kumpulan ubat antibiotik yang dikenali sebagai polimiksin, digunakan ke atas bakteria super.

Gen itu dikesan dalam bakteria biasa seperti E. coli dan K. Pneumoniae yang menjadi punca pneumonia dan jangkitan darah. Ia menyebabkan dua bakteria itu kebal terhadap ubat-ubatan.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberi amaran bahawa bakteria kebal itu boleh menyebabkan manusia kembali ke era sebelum antibiotik apabila jangkitan atau luka kecil boleh membawa maut.

Menurut Jian-Hua, bakteria super itu dikesan semasa pemeriksaan berkala ke atas sebilangan ternakan babi dan ayam di selatan China.-20/11/2015

Sumber Asal :-

http://www.agendadaily.com/bahasa-malaysia/rencana/luar-negara/19795-kuman-kebal-antibiotik-ancam-penduduk-dunia.html

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %