Jepun ialah negara dimana ruang peribadi amat dijaga oleh setiap individu. Mereka akan sentiasa cuba menghormati individu lain di sekeliling mereka. Apabila di dalam kereta api bawah tanah, anda tidak dapat melihat bunyi muzik bising atau perangai anti sosial dari majoriti warga Jepun. Di dalam kereta api yang sendat seperti tin sardin, bau tubuh juga perlu dijaga. Oleh itu KunKun dihasilkan oleh Konika Minolta.

Alat ini dapat mengesan bau tubuh dengan pantas dan memberikan amaran sekiranya ia jatuh ke dalam kategori busuk. Ini dilakukan dengan mengesan kewujudan ammonia, asid isovaleric, 2-nonenal dan diacetyl yang dikaitkan dengan bau busuk.

KunKun diletakkan berhampiran kawasan tubuh yang ingin dibau dan terus memberitahu pengguna sama ada mereka busuk ataupun tidak. Segala keputusan analisa boleh dihantar terus kepada peranti pintar kegunaan pemilik secara tambatan Bluetooth. Peranti ini direka oleh Konika Minolta kerana mereka menyedari ramai individu tidak menyedari bau badan sendiri. Bagi mengelakkan kesipuan di khalayak ramai ianya dicipta. Harga jualan KunKun masih belum diumumkan tetapi akan hanya dijual di Jepun sahaja setakat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.