Beberapa ramalan mengenai produk realiti terimbuh Apple mula tertiris ke arena web tahun ini selari dengan kepercayaan Tim Cook yang mengatakan masa depan seterusnya ialah peranti realiti terimbuh (AR). Rekaan set kepala tertiris pada bulan Februari tetapi kini Ming-Chi Kuo, penganalisis yang terkenal dengan ramalan Apple beliau kini berkongsi ramalan beliau mengenai pelan jangka panjang syarikat dari Cupertino ini.

Apple Glass Set Kepala Realiti Terimbuh

Menurut beliau pada pertengahan 2022, Apple akan melancar set kepala realiti terimbuh pertama mereka. Ini ialah set kepala yang rekaannya tertiris menerusi laporan Bloomberg sebelum ini. Ia akan dilengkapi skrin micro-OLED keluaran Sony dan pada waktu ini prototaip yang dihasilkan adalah seberat 300 gram dengan perancangan mengurangkannya sebanyak 100 gram lagi pada produk sebenar. Apple akan menawarkan kandungan Apple TV, Apple TV+ dan Apple Arcade pada peranti ini. Harga jualannya pula dipercayai adalah sekitar $1000 sepasang.

Razer Anzu

Ini kemudiannya diikuti pila oleh kaca mata realiti terimbuh Apple Glass pada tahun 2025. Prototaip masih belum dihasilkan tetapi ia akan kelihatan seperti sepasang kaca mata konvensional dengan sokongan realiti terimbuh.

Akhir sekali menjelang dekad akan datang pula, kanta lekap dengan teknologi AR pula akan dipasarkan. Sekaligus menjadikan teknologi yang dahulunya dianggap fiksyen sains menjadi realiti. Seperti Samsung, Apple juga merasakan terdapat kebarangkalian kanta lengkap pintar ini boleh dihasilkan kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.