TechSemut Malaysia

Kuo – iPhone 2018 Akan Dilancarkan Dalam Warna Kelabu, Putih, Biru, Merah Dan Oren

Kuo – iPhone 2018 Akan Dilancarkan Dalam Warna Kelabu, Putih, Biru, Merah Dan Oren

Kuo – iPhone 2018 Akan Dilancarkan Dalam Warna Kelabu, Putih, Biru, Merah Dan Oren
Julai 05
14:22 2018

Model terbaru iPhone biasanya dilancarkan pada bulan September dan tahun ini tiga model dipercayai akan dilancarkan. Dua dengan skrin OLED dan sebuah lagi dengan skrin LCD yang dijual pada harga lebih mampu milik. Menurut peramal terkemuka produk Apple Ming-Chi Kuo, tahun ini iPhone dengan skrin LCD ini bakal dilancarkan dalam lima pilihan warna.

Pilihan warna tersebut adalah kelabu, putih, biru, merah dan oren. Warna biru. merah dan oren adalah warna yang sudah lama tidak dihasilkan oleh Apple. Kali terakhir ia dilakukan ialah dengan iPhone 5C. Warna merah pula hanya ditawarkan untuk peranti Product (RED). iPhone dengan skrin OLED pula akan dilancarkan dalam warna hitam, putih dan emas. April lalu sebuah iPhone X dalam warna emas telah tertiris walaupun ia tidak pernah dijual kepada umum.

Ini sedikit sebanyak membuatkan iPhone LCD kelak adalah seakan-akan pengganti kepada iPhone 5C yang dijual pada harga mampu milik serta lima pilihan warna yang ranggi. Ramalam Ming-Chi Kuo kerap adalah tepat. Apakah pendapat anda tentang pilihan warna baru ini?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com