Kuo Ming-Chi – Apple Akan Mengemaskini Barisan iPad, Memperkenalkan Kaca Mata Realiti Imbuhan Menjelang 2022

Kuo Ming-Chi, penganalisa terkenal untuk jangkaan tepat beliau menjangkakan bahawa Apple bakal mengemaskini barisan peranti iPad mereka tahun ini dan tahun hadapan, disamping memperkenalkan sebuah kaca mata realiti imbuhan menjelang 2022.

Beliau berkata bahawa pada suku ketiga atau keempat tahun ini, barisan iPad 10.8 inci baru akan diperkenalkan, manakala iPad Mini 8.5-9.0 inci akan dikemaskini pada suku pertama 2021 kelak.

Menariknya, Kuo Ming-Chi berkata bahawa Apple turut akan memperkenalkan iPad “mampu milik”, meniru model iPhone SE yang menggunakan rangka lama dengan spesifikasi dalaman terbaru.

Dalam pada itu, Apple juga dijangka akan memperkenalkan kaca mata realiti imbuhan pada 2022 kelak, dan menjangkakan bahawa ia akan menjadi sebuah peranti kelas premium kerana komponen-komponen mahal yang diperlukan, seperti lensa berlapis untuk memastikan pengalaman realiti imbuhan yang yang tiada cacat cela.

Jangkaan beliau agak menarik kerana ia dilihat bahawa Apple akan meneruskan pembangunan peranti-peranti mereka walaupun wabak pandemik COVID-19 terus membelenggu dunia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*