Semalam Ming-Chi Kuo meramalkan Apple akan melancarkan set kepala realiti terimbuh mereka pada tahun 2022 sebelum kemudian melancarkan pula kaca mata pintar Apple Glass. Seterusnya pada penghujung dekad teknologi ini akan digunakan pula pada kanta lekap. Hari ini beliau berkongsi beberapa lagi maklumat menarik mengenai set kepala Apple.

Menurut beliau set kepala ini akan dilengkapi 15 kamera pada bahagian luar yang boleh memberikan pemandangan tembus kepada pemakai . Tidak seperti HoloLens 2, set kepala ini tidak akan mempunyai skrin boleh tembus. Sebaliknya skrin mikro-LED pada bahagian dalam akan memberikan pemandangan luar menerusi imej yang diambil dari 15 kamera tersebut.

Set kepala turut akan mempunyai sistem pengenalan biometri yang inovatif. Tidak diketahui apakah sebenarnya dimaksudkan dengan inovatif di sini. Adakah kamera luar ini boleh mengecam wajah seperti Face ID? Kesemuanya sekadar spekulasi sahaja pada waktu ini.

Maklumat Ming-Chi Kuo ini berbeza dengan laporan Bloomberg sebelum ini yang mengatakan hanya 12 kamera akan digunakan. Yang pasti jumlah kamera yang digunakan adalah jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan Oculus Quest 2 dan HTC Vive Cosmos yang mempunyai mod “pandangan tembus” yang seakan sama.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.