Kursus Pra-Perkahwinan Di Selangor Akan Dilakukan Secara Atas-Talian

Norma baharu dunia pandemik ialah perkahwinan yang dilakukan secara atas talian beberapa minggu yang lalu. Bagi warga Selangor, evolusi seterusnya ialah kursus pra-perkahwinan juga akan dilakukan secara atas talian bermula 13 Jun hadapan.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mereka yang ingin menyertai kurus atas talian ini boleh mula mendaftar bermula Selasa minggu hadapan. Seperti kursus sebelum ini, kursus pra-perkahwinan atas talian akan dilakukan pada hujung minggu dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Setiap sesi juga dihadkan kepada 150 orang sahaja. Sijil akan hanya diberikan selepas peserta selesai melakukan tugasan yang diberikan.

Pada waktu ini kurus pra-perkahwinan atas talian ini akan mengutamakan peserta yang kursus asalnya telah tertangguh akibat PKP.  Untuk senarai lengkap pautan permohonan atas talian mengikut daerah di Selangor, sila ke pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*