Berita Menarik

Lagi banyak tap Samsung Pay lagi besar ganjaran Samsung Rewards

Pembaca : 11
0 0
Share Button

Semakin banyak kali anda berbelanja, semakin hebat hadiah yang boleh anda perolehi menerusi Samsung Pay. Sistem pembayaran moden cashless atau nirtunai dari Samsung ini, kini menyediakan hadiah ganjaran yang dipanggil Samsung Rewards.

Yang menariknya, tapi mungkin ada yang rasa kurang tertarik, mata ganjaran yang diberikan dalam Samsung Rewards ini berdasarkan penggunaan, bukannya jumlah perbelanjaan. Contohnya, anda ke McDonalds dan berbelanja RM20, kemudian ke pasaraya Giant dan berbelanja RM50, seterusnya mengisi minyak Petronas sebanyak RM50, semuanya menggunakan Samsung Pay. Berapakah mata ganjaran Samsung Rewards anda?

Jika anda masih di peringkat Gangsa, mata ganjaran yang anda perolehi hanyalah 30 mata sahaja. Ini kerana setiap perbelanjaan memberikan 10 mata, tidak mengira jumlah pembayaran. Ini sangat berbeza dengan mata ganjaran kad kredit, yang mana biasanya diberi berdasarkan jumlah pembayaran. Tetapi membayar menggunakan kad kredit melalui Samsung Pay, memberikan anda dua kali ganjaran.

Antara hadiah yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran di Samsung Rewards ini adalah seperti kupon minuman Juice Works, dal.komm COFFEE, Coffee Bean, kupon makanan Kenny Rogers, tiket wayang GSC, kupon Lazada, serta beberapa aksesori Samsung seperti pengecas wayarles, powerbank 10,000mAh, Gear IconX serta jam pintar Gear S3 Frontier.

Sebagai bonus pengenalan, Samsung memberikan 450 mata ganjaran percuma untuk masa terhad. Kemudian, mata akan diberi berdasarkan tahap. Untuk 5 pembelian Samsung Pay yang pertama, pengguna akan berada di tahap Gangsa yang memberi 10 mata untuk setiap pembelian. 15 pembelian selepas itu pula, meletakkan pengguna di tahap Perak dengan 20 mata setiap pembelian. Selepasa 20 pembelian ini, pengguna berada di tahap Emas yang memperoleh 40 mata bagi setiap pembelian.

Samsung Pay adalah satu sistem pembayaran mudah melalui telefon pintar, yang serasi digunakan bersama terminal pembayaran kad baru berasaskan NFC, atau model lama berasaskan jalur magenetik. Setakat ini, Samsung Pay boleh digunakan bersama beberapa kad debit/kredit yang terpilih dari Maybank, Citibank, CIMB Bank, RHB dan Standard Chartered sahaja.

Manakala telefon pintar Samsung yang boleh menggunakan Samsung Pay pula adalah Galaxy A5 & A7 (2016 & 2017), Galaxy Note5, Galaxy S6 edge+, Galaxy A9 Pro, Galaxy S7 & S7 edge, Galaxy S8 & S8+, Galaxy Note8 serta jam pintar Gear S3.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Pay Malaysia.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.