Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat gambar LG G6 tertiris ke arena web. hari ini, gambar baru hadir lagi memperlihatkan peranti berkenaan secara penuh pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Seperti apa yang tertiris hari ini, ia dilihat menawarkan nisbah saiz skrin kepada badan yang tinggi, disamping dilengkapi dwi-kamera dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

LG G6

Mengikut info yang tertiris, LG G6 dijangka menggunakan skrin 5.7-inc, cip Snapdragon 821, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB dan juga bateri berkapasiti 3200mAh. LG dijangka menggunakan cip Snapdragon 821 kerana cip Snapdragon 835 dikatakan telah ditempah oleh Samsung pada kuantiti yang sangat tinggi.

LG dijangka melancarkan telefon pintar ini pada 26 Februari ini bersempena dengan MWC 2017, dan akan memasarkannya sebulan selepas itu – membolehkan mereka mencuri pasaran seberapa yang boleh sebelum rakan senegara mereka melancarkan Galaxy S8.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.