Screen Shot 2015-01-08 at 9.32.17 PMSyarikat dan aplikasi web anda perlahan ? kini anda boleh mengunakan module  tambahan kepada pelayan apache anda dari pihak google . Aplikasi pagi pembangun google ini didatangkan percuma berserta kod sumber . Mod pagespeed ini dipasang bagi mengoptimumkan kelajuan web dan sistem anda supaya capaian lebih pantas dengan melakukan proses pengecilan fail-fail gambar supaya load oleh pelayar lebih pantas . Selain pelayan web apache , ia juga menyokong pelayan nginx pada sistem pengoperasian linux . Dua pakage pemasangan yang telah tersiap sedia iaitu bagi centos/red hat dan debian/ubuntu .

Ia juga di datangkan bersama alat atas talian bagi menguji sejauh mana pengoptimuman laman web dan aplikasi web anda  dan chrome extention. Selain memberi peratusan , ia juga memberi cadangan dan maklumat fail yang mempunyai muatan  yang tinggi.

 

Screen Shot 2015-01-08 at 9.35.38 PM

Untuk maklumat lanjut dan bantuan pemasangan , Anda boleh layari URL di bawah

https://developers.google.com/speed/pagespeed/

 

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM