Lamborghini Mengurangkan Jualan Kereta Bagi Mengekalkan Keeksklusifan Jenama

Mengikut sejarah, syarikat Lamborghini mula menghasilkan kereta berprestasi tinggi selepas dihina oleh Enzo Ferrari. Sebelum menghasilkan kereta, Lamborghini menghasilkan jentolak untuk kegunaan industri pertanian. Sehingga kini persaingan di antara dua syarikat masih lagi sengit. Bagi memastikan jenama mereka kekal eksklusif, Lamborghini mengumumkan akan mengurangkan jumlah kereta yang dihasilkan setahun.

Lamborghini Alpha OneBermula tahun 2020, Lamborghini akan hanya menghasilkan 8000 kereta setahun. Jumlah ini akan meningkat ke 10,000 sekiranya empat moden kereta diperkenalkan pada tahun tersebut. Pada separuh tahun pertama 2019. Lamborghini berjaya menjual 4553 kenderaan. Menarik sekali ialah 2693 unit yang terjual ialah SUV mereka Urus dengan model kedua paling popular ialah Huracan Couple dengan 1211 unit.

Menjelang 2025, Lamborghini akan hanya menghasilkan kenderaan hibrid bagi mengurangkan pencemaran karbon dioksida. Pengumuman ini menyebabkan ramai peminat membeli kenderaan klasik mereka yang masih menggunakan enjin petrol konvensional.

Sejak setahun lalu Lamborghini turut bekerjasama dengan Oppo dalam menghasilkan peranti edisi khas. Bagi kebanyakan pengguna, peranti seperti Oppo Find X Lamborghini Edition adalah cara paling mampu milik memiliki produk berjenama Lamborghini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.