TechSemut Malaysia

Lanmodo Adalah Payung Gergasi Bermotor Untuk Melindungi Kereta

Lanmodo Adalah Payung Gergasi Bermotor Untuk Melindungi Kereta

Lanmodo Adalah Payung Gergasi Bermotor Untuk Melindungi Kereta
Julai 04
12:54 2018

Pernah atau tidak apabila parkir kereta di cuaca yang panas terik – pegang roda stereng panas, sandar di kerusi dengan kemasan kulit panas dan juga suasana kereta sangat bahang? Mesti ada yang pernah alami perkara ini. Kini perkara ini boleh dielak dengan menggunakan Lanmodo -sebuah payung gergasi bermotor.

Lanmodo ini digunakan untuk kereta yang diparkir dan bukannya sambil memandu. Ia dipasang melalui suction cup pada bumbung kereta. Lanmodo ini dikawal melalui alat kawalan jauh dan dikuasakan dengan bateri yang mampu beroperasi sehingga 500 kali buka dan tutup sebelum bateri tamat. Mengukuhkan lagi penggunaan payung gergasi ini adalah dengan menyangkut tali tahan lasak yang disediakan pada pemegang pintu kereta. Bahan binaan yang digunakan juga adalah tahan lama dan turut melindungi kereta daripada calar.

Batang pada Lanmodo ini turut mempunyai port USB-A untuk tujuan pengecasan peranti atau gajet pengguna. Menurut Lanmodo, ia boleh mengekalkan suhu kereta 35 darjah lebih rendah berbanding kereta yang terdedah pada cuaca panas. Tambahan lagi, Lanmodo juga boleh melindungi kereta daripada angin yang bergerak pada 13 meter per saat. Menarik sekali, ia turut boleh diubah kepada khemah mudah alih dengan menyambungkan kain kanopi disediakan melalui zip.

Ia dijual pada harga bermula $300 (~RM1215) sehingga $370 (~RM1499) mengikut saiz kereta. Untuk menjadikan khemah sebanyak $100 (~RM405) perlu ditambah.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com