TechSemut Malaysia

Lapor kedai, restoran ingkar 0% GST guna aplikasi ini

Lapor kedai, restoran ingkar 0% GST guna aplikasi ini

Jun 04
15:40 2018
Share Button

Selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengatakan masalah sistem menjadi punca harga barang tersalah kira.

Sekiranya berlaku, masih ada cara untuk melaporkannya terus dari fon anda dengan aplikasi Ez-ADU yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan masih beroperasi.

Aplikasi itu dilengkapi 10 ciri utama dan didatangkan dengan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Ia turut disambungkan terus kepada media rasmi dan sistem e-aduan KPDNKK serta mesra pengguna kerana mereka dibantu panduan pengguna dipaparkan secara visual.

Pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan data diperlukan ialah nama, e-mel, nombor telefon, kata laluan, pengesahan kata laluan dan nombor kad pengenalan.

Pengguna boleh menyemak status dan sejarah aduan dikemukakan.

Berhubung aduan bergambar, pengguna boleh mengambil gambar dan memuat naik imej berkenaan sebagai bukti kesalahan selain turut disediakan perkhidmatan ‘geotag’ bagi mengenal pasti lokasi kesalahan yang diadu.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com