TechSemut Malaysia

Laporan Prestasi SKMM 2016 : Maxis Terpantas Di Lima Daripada Enam Rantau

Laporan Prestasi SKMM 2016 : Maxis Terpantas Di Lima Daripada Enam Rantau

Laporan Prestasi SKMM 2016 : Maxis Terpantas Di Lima Daripada Enam Rantau
Januari 31
16:26 2017

Pada Januari hingga November 2016 lepas, SKMM telah menjalankan ujian penilaian prestasi rangkaian telekomunikasi di Malaysia, menyentuh rangkaian mudah-alih, talian tetap dan sebagainya. Sejumlah piawaian ditetapkan oleh SKMM, dalam memastikan penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan apa yang terbaik untuk pengguna.

Untuk perkhidmatan selular, pihak SKMM menetapkan prestasi kadar celus (throughput) sekurangnya 650 kbit/s untuk 65% masa penggunaan, sementara untuk jalur-lebar mudah-alih tetap (seperti P1, Maxis Wireless Broadband dan sebagainya) ia perlulah sekitar 80% daripada masa propecia pills. Kadar latency juga perlulah tidak melebihi 250ms untuk 70% masa, dan kurang daripada 3% kehilangan paket.

SKMM Laporan 2016

Daripada hasil kajian SKMM yang dilakukan di seluruh Malaysia, mengikut purata, Maxis dilihat menawarkan kadar muat-turun paling tinggi, iaitu pada purata 22.89Mbit/s. Maxis juga dilihat menawarkan kadar muat-turun melebihi 650kbit/s sebanyak 99.76% sesi, diikuti dengan Celcom pada 99.23% sesi.

Menurut SKMM, Maxis juga merupakan yang terpantas di rantau selatan, utara, timur, Sabah dan Sarawak, sementara Celcom menjadi yang terpantas di sekitar Lembah Kelang.

Walaubagaimanapun, pihak SKMM turut menekankan yang mana penggunaan pengguna mungkin berbeza memandangkan ujian dilakukan daripada jalan raya, dan bukannya dalam bangunan.

SKMM Laporan 2016

SKMM Laporan 2016

Dari segi masa respon pula, Digi mempunyai yang terbaik, iaitu dibawah 114.16ms, dan YES pula mempunyai kadar kehilangan paket yang sangat rendah berbanding dengan lain. Daripada ujian, UMobile mempunyai kadar kehilangan paket yang tinggi kerana perkongsian rangkaian bersama Maxis – membuatkan mereka perlu melalui penghantaran paket pada beberapa peringkat tambahan berbanding penyedia rangkaian yang lain.

Muat-Turun Laporan Prestasi Rangkaian 2016 (PDF)

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com