TechSemut Malaysia

Laptop 2 dalam 1 HP Elite x2 1012 G2 Dilancarkan

Laptop 2 dalam 1 HP Elite x2 1012 G2 Dilancarkan

Laptop 2 dalam 1 HP Elite x2 1012 G2 Dilancarkan
Mei 11
07:31 2017

HP telah mendedahkan laptop premium 2 dalam 1 HP Elite x2 1012 G2 yang direka dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat. Peranti itu mempunyai keyboard yang boleh ditanggalkan menjadikannya sebuah tablet.

Laptop 2 dalam 1 HP Elite x2 1012 G2 Dilancarkan

HP Elite x2 1012 G2 direka dengan rekabentuk ringan dan nipis. Tabletnya berukuran hanya 9.1mm tebal dan bersama keyboard ia berukuran 14.6mm. Ia mempunyai berat 800g tanpa keyboard dan 1.15kg bersama keyboard. Ia dilengkapi touchscreen LED 12.3 inci dengan resolusi 2736 x 1824. Pengguna mempunyai pilihan pemproses Intel Kaby Lake dari Core i3 sehingga Core i7-7600U, dengan teknologi Intel vPro pada model tertentu. CPUnya disokong 16GB RAM dan GPU dalaman serta ruang storan SSD antara 128GB hingga 512GB (dengan pilihan antaramuka SATA dan PCIe).

HP Elite x2 1012 G2

Terdapat juga dua kamera, kamera hadapan 5MP yang menyokong Windows Hello dan kamera utama 8MP dengan flash LED. Menariknya di samping dilengkapi port USB-C, ia juga dilengkapi port USB 3.0 slot MicroSD serta slot kad SIM.

HP Elite x2 1012 G2 juga menawarkan pilihan mendapatkan pen stylus dan HP mendakwa ia mempunyai ketahanan bateri selama 10 jam dengan bonus ciri pengecasan pantas yang boleh mengecasnya separuh penuh dalam masa 30 minit sahaja.

Ciri-ciri keselamatannya termasuk perlindungan BIOS HP Sure Start Gen3, TPM 2.0, pengimbas cap jari dan kamera IR untuk digunakan dengan Windows Hello seperti yang disebut sebelum ini, serta kelebihan yang ada dengan pemproses vPro pada model-model tertentu.

Laptop ini merupakan yang pertama menerima sertifikasi untuk Skype for Business dan ia mempunyai kelebihan dari segi ciri-ciri yang mempertingkatkan sidang video seperti perisian HP Noise Cancellation and Audio Boost untuk pengalaman bualan video lebih baik dalam suasana bising seperti di cafe atau pejabat.

Ia akan dijual bermula Julai pada harga USD1,300.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com