Acer Malaysia hari ini mengumumkan senarai laptop gaming baharu mereka, Acer Nitro 5 dan Predator Triton 500, dan ianya semua akan dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini dari Intel, iaitu generasi ke-10.

Acer Nitro 5 adalah sebuah laptop gaming mampu milik dengan tawaran dari RM3,799.

Versi 2020 ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas (Rakan kami di Gamer Matters pernah memberikan ulasan mengenainya), namun kini ianya didatangi dengan papan kekunci berlambu RGB dengan kipas penyejuk berkembar.

Berikut adalah senarai penuh spesifikasi dan varian yang disediakan untuk Acer Nitro 5:

Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1

  • CPU: Intel Core i5-10300H
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 1650 Ti
  • RAM: 8GB
  • Storan: 512GB PCIe NVMe SSD (+1 slot M.2 tersedia, +1 slot HDD yang boleh ditambahbaik dengan upgrade kit)
  • Paparan: 15.6″ 144Hz 1080p IPS
  • Harga: RM3,799

Acer Nitro 5 AN515-55-79CU

  • CPU: Intel Core i7-10750H
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 1660 Ti
  • RAM: 8GB
  • Storan: 512GB PCIe NVMe SSD (+1 slot M.2 tersedia, +1 slot HDD yang boleh ditambahbaik dengan upgrade kit)
  • Paparan: 15.6″ 144Hz 1080p IPS
  • Harga: RM4,899

Acer juga membawakan Acer Predator Triton 500, sebuah laptop gaming yang lebih nipis dengan kuasa kad grafik RTX seperti RTX 2070. Tag harganya jauh lebih mahal dari Acer Nitro 5, semestinya laptop ini ditujukan kepada pembeli yang tidak risau mengenai bajet.

Berikut pula adalah spesikasi penuh dan pilihan varian untuk Triton 500:

Acer Predator Triton 500 PT515-52-747X

  • CPU: Intel Core i7-10875H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2070 (Max-Q)
  • RAM: 8GB
  • Storan: 512GB PCIe NVMe SSD
  • Paparan: 15.6″ 144Hz 1080p IPS
  • Harga: RM7,999

Acer Predator Triton 500 PT515-52-75JW

  • CPU: Intel Core i7-10875H
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2070 Super (Max-Q)
  • RAM: 16GB
  • Storan: 512GB PCIe NVMe SSD
  • Paparan: 15.6″ 300Hz 1080p IPS G-Sync
  • Harga: RM8,999

Acer Malaysia juga menawarkan barangan percuma sehingga RM2,700 seperti kerusi gaming Predator, set kepala Predator Galea 350, tetikus Predator Cestus dan juga bag Predator Gaming Urban untuk setiap pembelian melalui laman web rasmi mereka, atau melalui Lazada.

Promosi sah sehingga 19hb Jun ini.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.