TechSemut Malaysia

Lazada Kini Memudahkan Pembelian Produk Dari Taobao Terus Pada Laman E-Dagang Mereka

Lazada Kini Memudahkan Pembelian Produk Dari Taobao Terus Pada Laman E-Dagang Mereka

Lazada Kini Memudahkan Pembelian Produk Dari Taobao Terus Pada Laman E-Dagang Mereka
Mei 31
06:50 2017

Alibaba sedia membeli pegangan majoriti Lazada sebelum ini, dan mereka telah mula melakukan beberapa integrasi. Paling terkini, Alibaba dan Lazada kini mengintegrasikan kebolehan membeli produk Taobao terus daripada laman Lazada.

Untuk tujuan tersebut, Lazada kini menyediakan sebuah halaman khusus pada laman e-dagang mereka, yang mana memautkan terus ke pelbagai koleksi produk terpilih dari Taobao. Ini sekaligus membolehkan pengguna tempatan membeli barangan Taobao dengan mudah berbanding kebiasaan.

Taobao

Sebelum ini sendiri, ramai pengguna tempatan telah sedia membeli barangan dari Taobao kerana harganya yang sangat rendah berbanding harga jualan di kedai-kedai tempatan. Walaubagaimanapun, kadang-kala ia memerlukan pengguna terjemah kepada bahasa yang difahami mereka, selain masalah dari segi platform pembayaran. Dengan integrasi terus ke Lazada, ia memudahkan lagi proses pembelian berkenaan oleh pengguna tempatan.

Ini juga merupakan salah satu langkah pihak Alibaba dalam terus memperluaskan pasaran produk mereka keluar China. Dengan integrasi dan penyediaan ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak integrasi daripada platform Alibaba lain kedalam Lazada pada masa akan datang.

Layari : Lazada Taobao

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com