Berita Menarik

Leagoo T5 Edisi Khas Tottenham Hotspur Dilancarkan

Pembaca : 9
0 0

Tottenham Hotspur ialah salah sebuah kelab yang terbesar di Kota London. Sejak kebelakangan ini kelab  yang menjadi musuh ketat Arsenal ini menunjukkan kebangkitan dengan berjaya menjadi naib juara Liga Perdana Inggeris tahun lalu. Kelab dari Utara London ini baru sahaja menandatangani perjanjian dengan Leagoo sebagai peranti pintar rasmi kelab,

Oleh itu Leagoo T5 edisi khas Tottenham Hotspur telah dilancarkan. Peranti ini ditawarkan di dalam warna biru Spurs dengan logo kelab pada bahagian belakang. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek 6750T, memori sebesar 4GB oRAM dan storan 64 GB.

Sistem dwi-kamera 13+5 Megapixel f/2.0 pada bahagian belakang dipadankan dengan kamera hadapan 13-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri 3000 mAh digunakan sebagai sumber kuasa. Harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

Dengan ini Tottenham menjadi anda antara kelab yang mempunyai peranti edisi khas. Hanya beberapa minggu yang lalu Oppo R11 edisi FC Barcelona telah diumumkan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.