Berita Menarik

Leagoo Venture 1 – Telefon Pintar Dengan Rekaan Ala Vertu Kini Di Malaysia Pada Harga RM1199

Pembaca : 10
0 0

Umum sedia maklum dengan jenama Vertu yang menyasarkan penawaran peranti dengan rekaan mewah. Kini, Leagoo, salah satu syarikat dari China turut hadir dengan penawaran peranti mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Leagoo Venture 1, dan menariknya ia menawarkan rekaan peranti ala-ala seperti Vertu.

Leagoo Venture 1

Leagoo sendiri mengatakan ia menawarakn rekaan mewah, dimana dilengkapi dengan bingkai berasaskan logam, selain kerangka yang diliputi rekaan kulit. Ia juga dilengkapi dengan sokongan kalis air, dan menyertakan sokongan penyulitan tambahan untuk sekuriti.

Leagoo Venture 1

Dari segi spesifikasi, Leagoo Venture 1 menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip lapan-teras, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan dwi-flash, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini adalah sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka khusus Leagoo.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1199, dan hanya boleh didapati daripada Plaza Lowyat sahaja buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.