Pendaftaran menerima vaskin Covid-19 dibuka menerusi aplikasi MySejahtera minggu lalu. Menurut ciapan yang yang dihantar oleh Khairy Jamaluddin, setakat jam 8 pagi ini seramai 1,741,136 individu telah mendaftarkan minat. Ini adalah peningkatan dari sekitar sejuta yang kami laporkan 26 Februari lalu.

Sementara itu seramai 53,287 individu telahpun menerima vaksin di pawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sejak 24 Februari lalu. Negeri dengan jumlah penerima tertinggi ialah Sarawak dengan 9737 penerima. Jumlah individu yang menunjukkan minat setakat ini boleh kami katakan agak rendah selepas seminggu pendaftaran dibuka. Ini adalah kerana terdapat lebih 30 juta rakyat Malaysia dan aplikasi MySejahtera telah dimuat turun lebih 22 juta kali.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.