Lebuh Raya Pintar Akan Dibuka Di China Menjelang 2022 Untuk Kenderaan Swapandu

Kenderana swapandu sudah mula dibangunkan sejak lima tahun kebelakangan ini namun ia masih di tahap tiga autonomi yang memerlukan pemandu manusia di belakang stereng untuk situasi kecemasan. Banyak usaha sedang dilakukan bagi membangunkan sistem swapandu dengan tahap lima autonomi yang menyerupai kemampuan pemandu manusia.

Di China lebuh raya pintar pertama enam lorong sepanjang 161 kilometer sedang dibina di antara Hangzhou dan Ningbo. Ia akan dilengkapi pelbagai sensor bagi menyokong kenderaan berhubung pada masa akan datang. Apabila berlaku kemalangan, kenderaan akan memberikan isyarat kepada sistem yang kemudian memberikan amaran kepada kenderaan berhubung yang lain. Kenderaan lain secara automatik akan berubah lorong dengan selama dan lancar tanpa menimbulkan kesesakan lalulintas.

Dengan sistem kenderaan berhubung ini juga, kenderaan swapandu akan secara automatik memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan. Akhir sekali kenderaan pintar boleh memberikan isyarat untuk menukar lorong dan kenderaan lain akan memberikan ruang yang secukupnya bagi mengelakkan kemalangan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.