Legends Of Runeterra Kini Di Malaysia Untuk PC Dan Mudah Alih

2

Legends Of Runeterra adalah sebuah permainan perdagang kad oleh Riot Games yang mengambil inspirasi dari League Of Legends, kini dilancarkan seluruh dunia termasuk Malaysia. Permainan tersebut boleh dimainkan di PC, iOS dan Android dengan sokongan rentas-platform.

Permainan yang membolehkan pemain mengumpul kad secara digital ini telahpun berada didalam status beta selama ini sebelum ianya mula dilancarkan. Kad-kad akan menggunakan champions dari permainan League Of Legends, dan beberapa karakter baharu untuk Runeterra. Sebanyak 120 kad dan wilayah baharu akan ditambah mengikut dari siri expansion Rising Tide. Ini tidak termasuk jumlah yang sedia ada, iaitu 7 wilayah, 35 karakter dan 400 kad.

Pemain yang log masuk semasa minggu pelancaran (sebelum 8hb, 3PM) akan menerima Moonstruck Poro Guardian. Manakal pemain baharu akan mendapat bonus XP.

Legends Of Runeterra adalah sebuah permainan video yang dimana Riot menerbitkan permainannya oleh mereka sendiri di Asia Tenggara.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*