Leica ialah jenama kamera yang disegani dalam arena fotografi. Kamera mereka menggunakan cagak L-Mount dengan pelbagai pilihan lensa. Terkini Leica, Panasonic dan Sigma bekerjasama untuk membentuk gabungan L-Mount Alliance. Dengan gabungan ini, lensa Leica L-Mount akan kelak boleh digunakan pada kamera keluaran Panasonic. Sigma pula akan menghasilkan lensa L-Mount untuk kedua-dua pengeluar.

Lensa L-Mount boleh digunakan pada kamera nircermin dengan format sensor bingkai penuh dan APS-C. Buat masa ini hanya Leica menggunakan cagak ini pada kamera  Leica SL, Leica CL, TL2 dan TL APS-C mereka. Dengan gabungan ini pengguna mempunyai pilihan lensa yang lebih baik.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.