Lembaga Teknologis Malaysia @ MBOT : Badan Pengiktiraf Para Teknologis Di Malaysia !

Malaysia mempunyai pelbagai badan-badan professional dalam mengiktiraf profesion seseorang, seperti untuk Jurutera mempunyai Lembaga Jurutera Malaysia, Peguam mempunyai Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-Undang, Doktor mempunyai Majlis Perubatan Malaysia dan pelbagai badan professional lain lagi. MBOT ataupun Malaysia Board of Technologies merupakan Badan Profesional baru yang diperkenalkan dalam bidang teknologi dan teknikal yang berkaitan.

MBOT ini bermula pada RMK Ke-10 untuk mengiktiraf Technical, Vacational Education & Training ataupun TVET Graduate. Kabinet kemudiannya bersetuju untuk menubuhkan MBOT pada 29 September 2010. Pada 4 Jun 2015 Akta 768 iaitu Technologist dan Technician digazetkan dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2015.

Antara fungsi MBOT ialah:

  1. Badan pengiktiraf untuk Profesional Technologist (Ts./P.Tech) dan Certifies Technician (Tc./C.Tech)
  2. Pendaftar kepada Profesional Technologist & Certified Technician berdasarkan kepada bidang teknologi berkaitan.
  3. Akreditasi untuk program-program di Institut Pengajian Tinggi dengan penglibatan ahli Technology Expert Panel (TEP)
  4. Kerjasama industry melalui penglibatan konsultasi teknologi bagi setiap bidang teknologi berasaskan TEP.
  5. Mengawal kelakuan dan etika profesion technologist dan technician.

Tenyata dengan tertubuhnya badan seperti MBOT akan memastikan para technologist untuk mendapat pengiktirafan yang sewajarnya didalam profesion mereka. Sekiranya anda mempunyai kelayakan yang berkaitan dengan MBOT, anda boleh terus melayari laman web www.mbot.org.my untuk mendaftar, mendapatkan maklumat lanjut mengenai badan ini dan cara untuk mendapat pengiktirafan.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*