Berita Menarik

Lenovo Akan Menggunakan Jenama “Moto” Pada Peranti Akan Datang

Pembaca : 10
0 0

Jenama Lenovo Moto

Menurut laporan dari China, Lenovo akan melakukan perubahan jenama pada model yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Mereka akan menggunakan jenama “Moto” pada semua peranti telefon pintar keluarannya kelak. Jadi, selepas ini tiada lagi smartphone berjenama Lenovo sebaliknya akan digantikan dengan jenama “Moto”.

Menurut sumber juga, penggunaan jenama Moto hanya untuk smartphone sahaja, manakala untuk tablet, laptop dan juga PC akan dikekalkan menggunakan jenama Lenovo.

Untuk siri-siri smartphone Lenovo seperti Phab, Vibe dan sebagainya masih tidak diketahui nasibnya sama ada Lenovo akan meneruskan siri tersebut dibawah jenama Moto atau menamatkannya.

Di Malaysia, baru-baru ini Lenovo telah membawa masuk dua model Moto iaitu Motorola Moto Z dan Motorola Moto Z Play yang hadir bersama aksesori modular. Ia dijual pada harga RM1799 untuk model Moto Z Play dan RM2699 untuk model Moto Z.

Sumber : CampaignAsia

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.