Chromebook adalah komputer riba yang menjalankan sistem operasi ringan, Chrome OS. Banyak pengeluar hadir dengan pelbagai variasi Chromebook, dari yang mampu milik sehinggalah yang mahal seperti Pixelbook. Lenovo juga tidak asing dengan pengeluaran Chromebook tersendiri, terkini mereka telah hadir dengan Chromebook 3 yang dijual pada harga sekitar bawah RM1000.

Lenovo Chromebook 3 sudah pun dilancarkan sebelum ini dengan saiz skrin 14-inci. Model terkini ini menggunakan skrin HD 11.6-inci dengan kecerahan maksima 250 nits sahaja. Resolusi pula adalah 1366×768 dan untuk memori Lenovo menyertakan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Untuk pemproses, Lenovo menggunakan Intel Gemini Lake-R N4020 Celeron. Chromebook 3 ini turut mempunyai port bicu audio, slot kad microSD, 2x USB-C (3.1) dan 2x USB-A (3.1).

Chromebook 3 ini turut menyokong Play Store dan menyokong Linux melalui Crostini. Kelebihan Chromebook ini turut hadir pada skrin, yang mana ia ia boleh dibuka sehingga 180 darjah. Harga jualan pula adalah $229, iaitu sekitar RM976.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.