Lenovo ialah sebuah jenama yang dikenali untuk komputer desktop dan siri komputer riba mereka, tidak kira untuk kegunaan di rumah, di pejabat mahupun untuk gaming.

Mereka kini nampaknya bakal memasuki pasaran komponen gaming pula, dan telah memperlihatkan rekaan sebuah kad grafik gaming yang berdasarkan kad grafik AMD Radeon RX 6000 menggunakan jenama Legion.

Kad grafik ini diperlihatkan melalui laman Weibo Legion sendiri, dimana ia memperlihatkan rekaan dengan penyejuk tiga kipas dengan logo bintang Legion, dengan rupa mirip seakan-akan kad grafik AMD Radeon VII.

Melalui laman Weibo tersebut juga, ia dijangka bahawa kad grafik ini akan hadir bersama-sama dengan komputer siap-bina dengan nama model Legion 7000P yang nampaknya akan diperkenalkan untuk pasaran China.

Menurut Lenovo lagi, kad grafik ini akan tiba dalam dua pilihan, termasuklah AMD Radeon RX 6800XT dan juga AMD Radeon RX 6900XT.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah komputer ini akan tiba di mana-mana pasaran.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.