Cuba perhatikan betul-betul. Kalau perasan, kita kini memasuki perubahan trend di mana bateri besar dan sokongan pengecasan pantas menjadi salah satu keperluan penting untuk sesebuah peranti pintar. Lenovo juga dilihat tidak mahu ketinggalan apabila mempunyai perancangan menarik untuk peranti terbarunya, Lenovo Legion Gaming Phone.

Di mana, Lenovo Legion Gaming Phone dikatakan menyokong pengecacan pantas 90W Super Flash Charge yang dilengkapi sistem kuasa Twin Turbo. Melaluinya, ia berupaya mengecas penuh bateri besar 5,000mAh dalam hanya 30 minit sahaja. Lenovo juga menggunakan teknologi hybrid power flash-charge dengan 16 lapisan yang stabil untuk keselamatan. Pun begitu, Lenovo tidak pula mendedahkan bagaimana sistem kuasa Twin Turbo ini berfungsi.

Sebelum ini, Lenovo Legion Gaming Phone juga telah diperlihatkan dalam sebuah video iklan ringkas. Ia memperlihatkan peranti ini hadir dengan kamera pop-naik pada bahagian sisi. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculannya pada 22 Julai ini untuk gambaran sebenar lebih lanjut.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.