Beberapa minggu yang lalu, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan beberapa model komputer riba gaming Legion untuk pasaran tempatan, termasuklah Legion 5i.

Terkini, Lenovo Malaysia akan memperkenalkan promosi untuk model Legion 5i dimana pengguna boleh menebus barang-barang percuma dengan setiap pembelian komputer riba tersebut.

Pelanggan yang membeli sebuah komputer riba Legion 5i dari 21 Julai hingga 31 Ogos boleh ke laman web ini untuk menebus hadiah-hadiah percuma yang cukup bernilai.

Diantara produk-produk yang boleh ditebus termasuklah sebuah Legion Gaming Backpack, tetikus Legion M200 ataupun Legion M500, fon kepala Legion H500, kupon Steam Wallet bernilai RM100 dan kod permainan Intel yang bernilai RM240.

Secara keseluruhan, pengguna boleh menerima aksesori dan kod permainan video yang mempunyai nilai setinggi RM1037 bergantung kepada model komputer riba yang dibeli.

Model-model Legion 5i yang layak ditebus untuk mendapatkan hadiah-hadiah ini termasuklah:

  • Legion 5i 15IMH05 (82AU006NMJ) – RM4199
  • Legion 5i 15IMH05 (82AU006PMJ) – RM5199
  • Legion 5i 15IMH05H (81Y6007VMJ) – RM5599

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.