Lenovo Mengacah Telefon Pintar Untuk Permua Legion Dengan Snapdragon 865

Ura-ura Lenovo akan mengeluarkan peranti untuk permua dengan jenama Legion mula didengari pada penghujung 2019. Hari ini mereka mula mengacah mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Poster yang dikongsi menerusi akan media sosial mengesahkan pengguna cip Snapdragon 865 5G yang pada waktu ini ialah pemproses paling berkuasa di pasaran kerana mampu menandingi markah penanda aras Apple A13 Bionic.

Lenovo akhirnya melancarkan juga sebuah peranti untuk permua mengikuti pesaing mereka seperti Black Shark, Nubia Red Gaming dan Asus ROG. Keputusan mereka ini pastinya disambut baik peminat produk Lenovo yang merupakan pengeluar PC dengan pasaran terbesar sepanjang 2019. Kepakaran mereka dalam dunia permainan video menerusi jenama Legion pasti akan digunakan bagi menghasilkan peranti untuk permua yang memenuhi keperluan peminat permua.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.