TechSemut Malaysia

Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM

Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM

Lenovo P52 Hadir Dengan Spesifikasi Berkuasa, Termasuk Sehingga 128GB RAM
Jun 13
22:40 2018

Lenovo mempunyai sejumlah penawaran komputer riba bertaraf workstation berkuasa dibawah jenama ThinkPad. Hari ini, menambah penawaran dibawahnya, Lenovo telah pun hadir dengan ThinkPad P52.

Lenovo ThinkPad P52

Dengan fokus sebagai workstation, komputer riba ini menyertakan sejumlah spesifikasi yang tinggi – termasuk menggunakan cip Intel Xeon dan kad grafik NVIDIA Quadro P3200. Komputer riba ini juga hadir dengan memori sehingga 128GB RAM serta storan mencapai 6TB.

Dengan kuasa pemprosesan tinggi ini, ia sekaligus memudahkan para pembangun dan mereka yang terlibat dalam arena multimedia untuk menghasilkan grafik, kandungan realiti-maya atau realiti-gabungan, animasi 3D, serta pelbagai simulasi dengan mudah menggunakannya.

Melengkapkan komputer riba 15.6-inci ini juga adalah sokongan panel paparan 4K dan juga kebolehan menggunakan ia bersama dermaga ThinkPad untuk memberikan lebih port sambungan untuknya.

Harga jualan ThinkPad P52 ini masih tidak diumumkan. Dengan spesifikasi dan penawaran yang hadir, semestinya ia berada pada segmen premium tersendiri dan tidak disasarkan kepada pengguna umum.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com