Lenovo ThinkCentre M75n Ialah Komputer Desktop Bersaiz Nano

Ramai yang pasti tertanya-tanya jika pemproses pada iPad Pro adalah lebih berkuasa berbanding Windows, mengapa desktop masih ditawarkan dalam saiz yang besar? Adakah mustahil untuk melancarkan sebuah desktop yang bersaiz kompak? Jawapannya adalah tidak dan sebenarnya telah lama wujud cuma kurang diuar-uarkan. Bagi mereka yang mencari desktop bersaiz nano, Lenovo ThinkCentre M75n telahpun diumumkan.

M75n ialah desktop siri ThinkCentre yang paling kecil saiznya pernah ditawarkan oleh Lenovo. Ia sebenarnya adalah ThinkCentre M90n-1 yang menggunakan cip AMD Ryzen PRO. Ia bersaiz 179 x 88 x 22 mm dan sebesar 505 gram. Terdapat pilhan pemproses AMD Ryzen 3 PRO 3300U atau Ryzen 5 3500U, memori 8GB RAM DDR4 dan storan SSD M.2 PCIe. Sistem operasi yang ditawarkan pula ialah Windows 10.

Walaupun kecil pilihan I/O yang diberikan ialah USB-C, USB-A, RJ45, bicu audio 3,5mm dan DisplayPort. Turut diberikan ialah kunci Kensington untuk mengelakkan desktop nano ini dari dicuri. Di Amerika Syarikat Lenovo ThinkCentre M75n dokual pada harga bermula $539 (~RM2306) sebuah,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*