terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Lenovo Yoga 9i Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Pada minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa Lenovo Malaysia telah membawa masuk komputer riba Lenovo Yoga 7i Carbon mereka ke pasaran tempatan untuk harga RM4699 melalui laman web mereka.

Terkini, Lenovo Malaysia dilihat akan membawa masuk komputer riba Lenovo Yoga 9i ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Komputer riba boleh lipat terbaru ini hadir dengan spesifikasi dalaman terbaru keluaran Intel.

Lenovo Yoga 9i ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 14 inci dengan pilihan resolusi FHD 1920×1080 dan UHD 3840 x 2160 dengan sokongan HDR400 dan mempunyai nilai kecerahan setinggi 500 nit.

Dari segi spesifikasi dalaman, komputer riba ini dikuasakan pilihan CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake sehingga Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe sebesar 1TB dengan cip grafik Intel Iris Xe terbina didalam.

Dari segi pilihan I/O, Lenovo Yoga 9i ini dilengkapi dengan dua port USB 3.2 Type-C yang menyokong teknologi Thunderbolt 4 dan DisplayPort, satu palam USB 3.2 Type-A dan satu port audio 3.5mm.

Apa yang membuatkan komputer riba ini unik, selain daripada kebolehan paparannya untuk dilipat menjadi sebuah tablet ialah pembesar suara terbina yang juga akan berpusing bersama-sama dengan paparan untuk menjadikannya sebuah peranti multimedia yang sangat baik, tidak kira cara ia digunakan.

Oleh kerana CPU baru yang digunakan, Lenovo turut mengatakan bahawa komputer riba ini akan hadir dengan jangka-hayat bateri selama 18 jam untuk model dengan paparan Full HD dan 11 jam dengan paparan UHD.

Menurut laporan Lowyat.Net, komputer Lenovo Yoga 9i ini akan tiba di pasaran tempatan pada bulan Januari 2021 kelak, dengan harga permulaan yang mungkin ditetapkan pada RM6399.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*