TechSemut Malaysia

Lenovo Yoga Book 2 Bakal Hadir Dengan Dwi-Skrin Sesentuh

Lenovo Yoga Book 2 Bakal Hadir Dengan Dwi-Skrin Sesentuh

Lenovo Yoga Book 2 Bakal Hadir Dengan Dwi-Skrin Sesentuh
Jun 06
02:30 2018

Sebelum Computex kedengaran ura-ura Lenovo Yoga Book 2 akan dilancarkan pada majlis tersebut. Ia adalah kesinambungan kepada Yoga Book yang dilancarkan dua tahun yang lalu di IFA. Ura-ura tidak menjadi kenyataan tetapi Lenovo berkongsi sedikit maklumat mengenai Yoga Book 2 dan juga Yoga Book 3.

Lenovo mengesahkan Yoga Book 2 bakal hadir dengan dwi-skrin sesentuh, menggunakan pemproses Intel yang lebih berkuasa tinggi, menyokong stylus dan mengekalkan rekaan papan kekunci sesentuh. Ini menjadikan rekaannya sama seperti Asus Project Precog yang diperlihatkan semalam. Perbezaannya ialah bakal hadir lebih awal.

Di majlis yang sama mereka memperacahkan Yoga Book 2 mungkin mempunyai skrin boleh lipat. Engsel komputer riba ini akan mungkin adalah sebahagian dari panel skrin yang memanjang.

Lenovo Yoga Book adalah antara komputer riba paling unik dihasilkan tetapi kuran mendapat sambutan kerana hanya menggunakan pemproses Intel Atom. Pada waktu yang sama ketiadaan papan kekunci sesentuh Halo yang disertakan membuatkannya sedikit kurang selesa digunakan untuk menaip.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com