TechSemut Malaysia

Lenovo Z5 Dilancarkan Dengan Takuk – Bukannya Skrin Menyeluruh Seperti Gambar Acah

Lenovo Z5 Dilancarkan Dengan Takuk – Bukannya Skrin Menyeluruh Seperti Gambar Acah

Lenovo Z5 Dilancarkan Dengan Takuk – Bukannya Skrin Menyeluruh Seperti Gambar Acah
Jun 05
11:10 2018

Lenovo sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk Lenovo Z5 – memberikan petanda ia mungkin hadir dengan rekaan skrin menyeluruh ala-ala Vivo Apex. Namun, hal berkenaan tidak berlaku ketika pelancaran Lenovo Z5 hari ini.

Lenovo Z5 dilihat masih mengekalkan rekaan takuk, dan bingkai yang sedikit tebal pada bahagian bawah.

Lenovo Z5

Lenovo Z5 hadir dengan skrin 6.2-inci bertakuk, dan mengatakan menawarkan nisbah skrin ke badan mencapai 90%. Peranti ini turut dilengkapi Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan mencapai 128GB. Lenovo turut melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, Lenovo Z5 menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 8MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Lenovo Z5

Lenovo akan menawarkan telefon pintar ini di China bermula minggu hadapan, pada harga bermula 1299 Yuan, iaitu sekitar RM806.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com