Lenovo Z5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – Peranti Dengan Nisbah Skrin-Ke-Badan Terbesar Dunia

Sudah beberapa bulan kita lihat gambar acah, video acah serta pelbagai tirisan mengenai Lenovo Z5 Pro. Pelbagai sangkaan dan spekulasi mengatakan Lenovo mungkin menipu lagi sekali – nampaknya mereka kali ini bertindak jujur. Lenovo Z5 Pro dilancarkan secara rasmi dan menjadi peranti pertama dunia dengan nisbah skrin-ke-badan terbesar, iaitu 95.06%.

Lenovo Z5 Pro dijana dengan Snapdragon 710 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM dan 128GB hingga 256GB storan dalaman. Kamera utama pula adalah 24+16 megapixel sensor Sony dan juga kamera swafoto 16+8 megapixel yang menyokong imbasan wajah tanpa memerlukan cahaya. Untuk sistem operasi, ia menjalankan ZUI 10 dengan sokongan 4D U-Touch.

Lenovo Z5 Pro menggunakan skrin 6.39-inci AMOLED dengan sokongan HDR10 dan juga DCI-P3 wide colour gamut. Untuk bingkai, ‘dagu’ peranti ini hanya setebal 4.98mm (lebih nipis dari Mi Mix 3) dan bingkai sisi dan atas adalah 2.07mm. Menurut Lenovo, skrin mereka mempunyai prestasi warna tahap standard perfileman. Untuk bahagian yang boleh diluncurkan pula, peranti ini menggunakan enam-posisi dua-paksi struktur boleh-luncur dengan sambungan yang lancar’

Tambahan Lenovo lagi, Lenovo Z5 Pro ini turut mempunyai sistem dwi-gegelung janaan tenaga kinetik buat panel boleh-luncurnya. Untuk pengimbas cap jari, semestinya sensor dalam skrin. Menurut Lenovo mereka menggunakan sensor generasi kelima yang lebih nipis dan pantas. Pengimbas cap jari dalam skrin Lenovo Z5 Pro mengambil masa hanya 0.2 saat untuk menyahkunci, iaitu 50%-60% lebih pantas dari pesaing.

Lenovo Z5 Pro dijual di China pada harga bermula RMB1998 dan RMB2298 iaitu sekitar RM1202 dan RM1382 sahaja.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.