Huawei sudahpun memperlihatkan telefon pintar pertama mereka dengan skrin berlubang untuk kamera hadapan semalam. Samsung pula akan menggunakannya pada Galaxy A8s. Sebuah lagi syarikat tidak mahu ketinggalan mengikut trend semasa ialah Lenovo.

Rekaan Lenovo Z5s telah tertiris ke arena web menerusi sebuah video. Tidak seperti Huawei dan Samsung, Lenovo Z5s meletakkan lubang kamera pada bahagian tengah. Amat mudah untuk meramalkan trend tahun 2019 ialah peranti dengan skrin berlubang. Berdasarkan komen yang ditinggalkan pembaca Amanz, teknologi ini lebih diterima berbanding takuk yang besar.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.