TechSemut Malaysia

Letupan Supernovae ini akan mengubah iklim dunia

Letupan Supernovae ini akan mengubah iklim dunia

Letupan Supernovae ini akan mengubah iklim dunia
Januari 27
01:30 2017

nasaexplodingsun_1024

Apabila sesuatu bintang berada di penghujung hayatnya ia akan meletup dan adakalanya letupan ini tersangat besar sehingga  menerangi ruang angkasa. Lebih buruk lagi, jika letupan tersebut bukan sahaja besar malahan berada dekat pula dengan sistem suria maka ini akan menyebabkan penduduk-penduduk bumi dengan hujan radiasi yang banyak akibat daripada letupan tadi. Sebuah penerbitan jurnal yang diterbitkan dalam The Astrophysical Journal Letters telah mengkaji kesan letupan 2 buah supernovae yang telah berlaku sekitar 1.7-3.2 juta dan 6.5-8.7 juta tahun dahulu terhadap bumi. Penyelidik telah menggunakan simulasi komputer untuk mengkaji kesan sinaran letupan ini dan berapa banyak jumlah sinaran yang benar-benar tiba di tanah.

Apa yang mereka jumpai sungguh mengejutkan.

Menurut daripada simulasi mereka, kesan hujan sinaran ini akan menyebabkan cahaya yang berwarna biru berlaku di waktu malam dan ianya cukup terang sehingga mampu menngganggu binatang untuk tidur selama seminggu. Sinaran ini juga akan mendedahkan atmosfera bumi dengan pancutan sinaran kosmik pada masa yang lama. Kesan sinaran ini juga menyebabkan bumi menerima kesan radiasi kosmik yang tinggi sebanyak 20 kali ganda. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kadar kanser dan mutasi bagi seluruh penduduk dunia.

Apabila radiasi ini tiba ke atmosfera bumi, ia menyebabkan molekul-molekul mengalami ionisasi (ionized), justeru memecahkan struktur atom-atom dan membebaskan banyak elektron-elektron yang bebas daripada ikatan nukleus masing-masing. Secara tidak langsung ia menyebabkan kadar konduktiviti akan meningkat dan menyebabkan kadar petir yang berlaku di bumi meningkat pula. Ini secara tidak langsung akan mengubab struktur iklim yang berlaku di bumi. “There was climate change around this time,” Kata Adrian Melott, iaitu professor fizik di University of Kansas dan juga merupakan co-author kepada jurnal tersebut. Menurutnya lagi, “Africa dried out, and a lot of the forest turned into savanna. Around this time and afterwards, we started having glaciations – ice ages – over and over again, and it’s not clear why that started to happen. It’s controversial, but maybe cosmic rays had something to do with it.

Terdapat kajian sebelum ini menyatakan letupan tersebut berlaku pada jarak 300 tahun perjalanan cahaya. Tetapi melalui jurnal terbaru yang diterbitkan menunjukkan ia berlaku separuh lebih dekat dari jumlah asal yang dikira oleh saintis.

Sumber : Eurekalert

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com