LG Akan Membekalkan Panel Skrin Mini-LED Untuk iPad Pro 12.9 Pada Tahun Ini

LG dan Samsung sering bersaing antara satu sama lain dalam membekalkan panel skrin untuk pengeluar peranti. Walaupun kedua-duanya mempunyai skrin OLED tersendiri, Samsung telah memonopoli pembekalan skrin OLED untuk iPhone. Ini menyukarkan LG untuk berurusan dengan Apple. Tetapi, LG akhirnya menemui alternatif bagi menjual panel skrin mereka kepada Apple – iaitu pembekalan skrin untuk iPad.

Lebih spesifik, menurut laporan dari sumber – LG akan membekalkan skrin untuk iPad Pro generasi kelima 12.9-inci. Lebih menarik, ianya bukan skrin LCD atau OLED – sebaliknya adalah panel skrin mini-LED. Mini-LED sebenarnya masih lagi berasaskan LCD, ia menggantikan panel backlight pada LCD dalam bentuk LED. Dengan itu, sesebuah peranti boleh menjadi lebih nipis, warna hitam adalah lebih gelap dan lebih menjimatkan kuasa penggunaan. Berdasarkan laporan ini, iPad Pro 12.9-inci baharu dengan skrin mini-LED akan hadir seawal suku keempat tahun ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*