Apple akan mengikut langkah Samsung, Royole dan Huawei untuk membangunkan peranti skrin boleh lipat. Beberapa rekaan prototaip dipercayai telah dihantar ke Taiwan untuk menjalani ujian. Malahan sebelum ini kedengaran juga ura-ura Samsung menghantar panel boleh-lipat kepada Apple.

Menurut laporan DigiTimes, Apple kini menerima bantuan pula dari LG Display untuk membangunkan skrin boleh-lipat. Penglibatan LG tidaklah aneh kerana Apple memang menggunakan Samsung dan LG sebagai pembekal panel OLED sebelum ini. Dengan masa depan LG dalam dunia telefon pintar sedikit kelam, LG Display mungkin ingin mencari pembeli panel keluaran mereka.

Antara maklumat yang diketahui setakat ini ialah iPhone boleh-lipat pertama akan mempunyai rekaan mirip Galaxy Z Flip dengan skrin sekitar 7 inci. Model pertama pula dijangka hadir pada tahun 2023.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.