LG K42 Dilancarkan – Peranti Tahan Lasak Yang Dijana Cip Helio P22

LG baru-baru ini telah melancarkan sebuah telefon pintar tahan lasak. Mereka sejak kebelakangan ini semakin banyak hadir dengan telefon pintar. Walaupun pasaran mereka terhad, mereka masih hadir dengan pelbagai variasi dan model bagi memuaskan hati peminat jenama ini.

Peranti ini adalah LG K42, ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan asas yang dijana cip pemproses Helio P22 dan dipadankan dengan memori 3GB RAM serta 64GB storan dalaman. Saiz skrin adalah 6.6-inci HD+ panel LCD dengan lapisan UV anti-calar serta panel belakang dengan piawaian MIL-STD-810G iaitu jenis tahan lasak dan hentak. Kemasan pada panel ini juga adalah jenis yang memberi cengkaman yang baik.

Disebabkan storan dalaman kecil, LG turut menyertakan sokongan kad microSD dan peranti ini menjalankan LG UX iaitu sistem operasi berasaskan Android 10. Bateri peranti ini adalah 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas USB-C. Untuk sekuriti, ia menyertakan pengimbas cap jari fizikal di sisi, bersama-sama dengan butang fizikal Google Assistant. Seperti kebanyakan peranti LG, port bicu audio 3.5mm dikekalkan dan turut mempunyai sistem pembesar suara 3D Sound Engine.

Kamera peranti ini menggunakan modul rekaan terkini, iaitu segi empat dengan memuatkan empat-lensa13MP utama + 5MP ultra lebar + 2MP makro + 2MP kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 8MP melalui rekaan skrin berlubang. LG K42 ini hanya dijual di Republik Dominika, tetapi tiada tanda harga bagi peranti ini. Ia dianggarkan adalah sekitar bawah RM800.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*