LG K62 Dan LG K52 Dilancarkan – Sokong Kuad-Kamera Utama, Bateri 4000mAh

LG Electronics (LG) dilihat memperluaskan lagi barisan siri K mereka dengan menawarkan model terkini yang terdiri dengan LG K62 dan LG K52. Kedua-duanya hadir dengan rekaan premium bersama sejumlah ciri menarik yang dinaik taraf.

LG K62 didatangkan dengan paparan bersaiz 6.6-inci LCD HD+ (720 x 1600 piksel) bersama nisbah aspek 20:9. Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cip lapan teras dengan kelajuan 2.3Ghz, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB (boleh dikembangkan dengan had maksimum 512GB). Empat kamera utamanya dilengkapi konfigurasi 48-Megapixel (utama) + 5-Megapixel (ulta-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro), manakala kamera swafotonya pula sebesar 28-Megapixel. Spesifikasi lain peranti termasuklah bateri 4,000mAh melalui sambungan port USB-C, sokongan untuk 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth 5.0, GPS dan NFC.

LG K52 juga membawakan spesifikasi yang sama dengan LG K62 – bersaiz 6.6-inci LCD HD+ (720 x 1600 piksel), cip lapan teras dengan kelajuan 2.3Ghz, memori 4GB RAM dan konfigurasi kamera utama yang sama dengan lensa 48-Megapixel. Namun terdapat juga perbezaa antara keduanya, di mana LG K52 hadir dengan storan dalaman 128GB dan kamera swafoto 13-Megapixel. Spesifikasi lain peranti termasuklah sambungan port USB-C, sokongan untuk 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth 5.0, GPS dan NFC.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*