Berita Menarik

LG lancarkan panel 5.5 inci terbaru untuk peranti mudah alih

Pembaca : 15
0 0

Syarikat LG baru-baru ini telah melancarkan panel LCD LED terbaru dengan resolusi QHD (Quad High Definition) untuk peranti mudah alih. Panel LCD 5.5 inci terbaru ini penuh dengan ciri-ciri yang baru seperti gamut warna, nisbah kontras, fungsi sentuhan, penggunaan kuasa rendah dan lebih nipis jika dibandikan dengan jenis-jenis panel yang lain di pasaran sedia ada. Paparan ini mempunyai warna yang lebih tepat dan lebih terang berbanding paparan panel yang lain sehingga 120%.  Resolusi yang tinggi iaitu 1,440 x 2,560, empat kali ganda lebih besar daripada paparan HD 720×1280 dengan kepadatan pixel sebanyak 538 PPI (Pixel per Inci) pada saiz 5.5 inci.
lg_display_smartphone-692x613

Untuk mencipta panel yang berkualiti tinggi ini, LG menggunakan tiga teknologi baharu iaitu “high color gamut LED”, “Advanced In-Cell Touch (AIT)” dan “photo-alignment”. Teknologi Advanced In-Cell Touch (AIT) menambah baik sensor sentuh boleh memberi respon walaupun dengan titisan air. High Color Gamut LED pula memberi panel ini lebih tinggi dari segi kontras sehingga 50% dan lebih cerah sehingga 30% dengan mengekalkan pengunaan kuasa seperti panel QHD yang sudah ada di pasaran, ini diperakui sendiri oleh syarikat Intertek yang membuat ujian keselamatan dan persijilan.  Panel ini juga sudah diproduksikan oleh LG pada skala yang besar, dan rumor mengatakan bahawa panel ini munkin akan digunakan pada telefon pintar LG yang terbaru, LG G4.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %