Berita Menarik

LG Melancarkan Monitor 4K Sebesar 42.5 Inci Yang Menyokong Paparan Empat Input Serentak

Pembaca : 14
0 0

Terdapat beberapa monitor yang menyokong paparan 4K di pasaran seperti Acer Predator X27 yang baru dilancarkan minggu lalu. Tetapi tidak banyak yang boleh dikategorikan sebagai monitor yang praktikal untuk kegunaan harian. LG hari ini melancarkan monitor 4K LG 43UD79-B sebesar 42.5 inci yang menyokong paparan empat input serentak.

Ia mempunyai empat input HDMI ( 2 x HDMI 2.0, 2X HDMI 1.4), satu input DisplayPort 1.2a, satu input USB-C  dan satu input RS-232C. Pengguna boleh memaparkan empat input secara serentak dengan monitor berubah menjadi empat monitor HD Penuh sebesar 21.5″. Terdapat juga pelbagai mod lain seperti paparan 3 monitor menegak. Selain daripada itu terdapat juga dua port USB-A dan satu bicu audio 3.5mm. Bagi golongan gamer, ia menyokong sistem AMD FreeSync. LG 43UD79-B mula dijual 19 Mei hadapan pada harga ¥ 83,000 (~RM 3203) sebuah.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.