TechSemut Malaysia

LG Membuka Pusat Inovasi Di Rantau Asia Tenggara Menyasarkan Perusahaan

LG Membuka Pusat Inovasi Di Rantau Asia Tenggara Menyasarkan Perusahaan

LG Membuka Pusat Inovasi Di Rantau Asia Tenggara Menyasarkan Perusahaan
Mei 04
22:44 2017

LG merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam pengeluaran panel skrin untuk digunakan bagi pelbagai tujuan. Terkini, dalam memperkukuhkan lagi kedudukan mereka, selain memudahkan pengguna perusahaan mendapatkan penawaran terbaru dan terkini daripada LG, syarikat gergasi dari Korea Selatan berkenaan telah pun membuka sebuah pusat inovasi di Asia Tenggara.

Melalui Pusat Inovasi LG yang terletak di Singapura ini, mereka ingin memudahkan para peniaga dan perusahaan untuk mengetahui penawaran produk yang boleh digunakan dalam industri dan perniagaan mereka.

Perkara ini turut meliputi pelbagai panel skrin untuk memaparkan tanda – tidak kira harga atau katalog, menyediakan skrin untuk pelbagai tujuan, paparan iklan di luar bangunan dan sebagainya.

LG Innovation Centre Singapore

LG mengatakan melalui Pusat Inovasi ini, ia membolehkan para pelanggan mereka hadir dan melihat dan memahami kaedah implementasi penggunaan panel LG untuk pelbagai tujuan. Malah, melalui salah satu demonstrasi yang diperlihatkan, LG menunjukkan kebolehan mengintegrasikan panel mereka pada sistem POS di kedai, dan memudahkan pengguna daripada membuat tempahan sehingga kepada pembayaran minuman di kafe.

Disamping itu, salah satu tarikan utama juga adalah panel bersaiz nipis mereka yang telah diperlihatkan ketika acara CES 2017 awal tahun ini, selain penawaran skrin melengkung OLED, serta skrin sehingga resolusi 8K.

LG Innovation Centre Singapore

Beberapa pelanggan terkemuka telah mula menggunakan panel daripada LG dalam menjadikan kedai mahupun pengiklanan di luar bangunan lebih interaktif – termasuk antaranya adalah seperti Razer, dan sebagainya.

Menurut LG, panel untuk perusahaan adalah berbeza dengan untuk pengguna biasa. Ini kerana, panel untuk perusahaan mempunyai ketahanan yang lebih lama lagi memandangkan kebiasaannya ia dijalankan sepanjang hari – berbanding dengan panel untuk pengguna seperti televisyen yang hanya digunakan untuk beberapa jam sahaja dalam tempoh sehari.

Bagi para peniaga dan perusahaan tempatan yang ingin menggunakan panel keluaran LG, anda boleh menghubungi wakil LG Malaysia, atau melawat LG Innovation Centre ini di Singapura.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com