LG Mengacah Pelancaran Peranti Dwi-Skrin Berputar Pada 14 September

Pada ketika ini niat LG untuk melancarkan peranti dengan dwi-skrin berputar bukan lagi misteri selepas video penggunaannya telah tertiris ke arena web. Peranti dengan skrin yang berputar 90 darjah ini dilaporkan menggunakan nama kod LG Wing.

Selepas tertiris, LG akhirnya menerbitkan video pelancaran peranti pada 14 September kelak. Video di atas mengacah kewujudan peranti dengan skrin yang boleh berputar. Jelas sekali LG Wing akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Dalam pasaran yang dipenuhi dengan peranti yang kelihatan seperti pelanduk dua serupa, keberanian LG untuk menghasilkan peranti dengan rekaan unik harus dipuji.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*